EUREKA

Aktiviti minggu ini menerangkan tentang ‘Product Ideas & Marketing’ dan kami ditugaskan untuk memberi idea produk berdasarkan keadaan persekitaran iaitu di Egypt, Grand Prix, Beach & Sea.

Kumpulan kami telah memilih  Egypt sebagai lokasi untuk pasaran produk kami iaitu Cool Cap And Jacket . Kami perlu hasilkan produk yang kreatif dan boleh dipasarkan berdasarkan konsep 4’P of Marketing iaitu :


  1. Product – idea produk yang dapat memberi faedah, ciri-ciri unik dan mempunyai kelebihan
  2. Price – harga yang berpatutan dan munasabah
  3. Place – produk berdasarkan keadaan persekitaran dan persaingan
  4. Promotion – strategi untuk memasarkan produk
  5. People  target pengguna produk yang dipasarkan


Kesimpulan daripada aktiviti ini, untuk menghasilkan produk yang kreatif, kita mesti mencipta barangan yang mempunyai perbezaan / keunikan walaupun barangannya sama dengan orang lain. Seperti kata-kata ini “Being creative is the ability to think outside the box”.