Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah
badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui
Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan)
1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan
Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan
oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga
1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh
Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji
Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi
kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran
yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.
Objektif AIM ialah :
·
Mengurangkan kemiskinan di
kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan
menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang
boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
·
Melahirkan usahawan daripada
kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
·
Menyediakan kemudahan kewangan,
bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin
dan berpendapatan rendah.
Untuk mencapai objektif tersebut, AIM
menyediakan produk-produk berikut :
·
Pembiayaan Modal
·
Simpanan Wajib
·
Tabung Kebajikan dan
Kesejahteraan Sahabat
VISI
Untuk Menjadi Institusi Kewangan Mikro Yang
Terunggul dan Diberkati Bagi Kesejahteraan Ummah.
MISI
·
Menjadi Institusi Kewangan
Mikro yang mapan pada tahun 2012.
·
Menawarkan pelbagai produk dan
perkhidmatan kewangan.
·
Menjadi IKON dalam operasi
kewangan mikro di peringkat antarabangsa.
·
Membangunkan program yang lebih
komprehensif bagi membantu, membimbing dan memperkasa golongan berpendapatan
rendah terutama bangsa Malayu dan Bumiputera lain.
·
Mencapai baki kini pembiayaan
sebanyak RM5 bilion pada tahun 2015.
·
Meningkatkan kualiti
perkhidmatan dan mewujudkan budaya kerja cemerlang.
·
Menyediakan kemudahan kewangan
dan bimbingan berterusan kepada sahabat usahawan.
·
Memperkasa modal insan,
menambah kekayaan dan mengagih pendapatan tambahan kepada sahabat melalui
penubuhan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia.
·
Melahirkan 30% daripada sahabat
menjadi usahawan pada tahun 2015.
·
Menubuhkan Akademik Kewangan
Mikro dan Keusahawanan pada tahun 2012.
·
Menyediakan Skim Perlindungan
Takaful melalui pnubuhan Syarikat Insurans pada tahun 2012.
Ringkasan
Sejarah Penubuhan
Melihat kepada sejarah awal penubuhan Amanah
Ikhtiar Malaysia, Prof Muhamad Yunus merupakan salah seorang yang
bertanggungjawab sehingga tertubuhnya badan amanah ini.Usaha mulia beliau
bermula daripada pengenalan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan di
Bangladesh pada 1976 dan telah berkembang ke seluruh dunia. Projek ikhtiar
merupakan antara projek asas atau projek awal yang dijalankan oleh Pusat
Penyelidikan Dasar (PPD) Universiti Sains Malaysia pada ketika itu untuk
mendapatkan info-info berkaitan serta menguji pendekatan Bank Grameen (PBG) dalam
usaha mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar yang ketika itu begitu tinggi
dengan cara memberi hak kredit mikro kepada golongan miskin. Pemberian kredit
mikro ini bertujuan untuk membantu usaha-usaha golongan-golongan miskin dalam
meningkatkan pendapatan harian mereka sekali gus keluar daripada kepompong
kemiskinan.
Prof Muhamad Yunus yang bertugas sebagai
Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong pada ketika itu, mengkaji dan
mendapat kesimpulan bahawa golongan-golongan miskin amat kurang melibatkan diri
dengan dunia perbankan.Ini disebabkan, mereka kekurangan modal dan amat sukar
untuk meningkatkan taraf hidup mereka sekiranya hanya bergantung kepada
pendapatan harian yang mereka perolehi.Maka, beliau mengetengahkan idea untuk
memberi sumbangan berbentuk modal kepada golongan miskin agar dengan modal
tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk menambahkan
pendapatan.Kronologi penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia mengambil masa
bertahun-tahun lamanya dengan melalui Projek bank Grameen sehinggalah Amanah
Ikhtiar Malaysia dapat berdiri sebagai satu badan amanah seperti yang ada pada
hari ini dengan menjalankan usaha-usaha menarik keluar masyarakat luar bandar
daripada masalah kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka.
Usaha murni seperti ini sewajarnya dipuji
dan dihargai oleh kita semua.Peranan AIM bukan sahaja untuk membantu
golongan-golongan miskin, malah secara tidak langsung dapat membantu menjana
ekonomi negara kearah yang lebih baik. AIM meletakkan tiga objektif utama
penubuhannya. Pertama, mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin
dan termiskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk
membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan
pendapatan.Yang kedua, AIM mensasarkan untuk menyediakan kemudahankewanganberterusan
kepada usahan-usahawan ikhtiar dan yang ketiga menyediakan bimbingan dan
latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan juga untuk
usahawan-usahawan ikhtiar. Bagi memastikan objektif-objektif yang telah
disasarkan itu dapat dilaksanakan, AIM menyediakan beberapa cara melalui dengan
penyediaan produk-produk seperti pembiayaan modal, simpanan wajib serta Tabung
Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat. Melihat kepada objektif-objektif penubuhan
AIM, dapat dirumuskan bahawa konsep yang dibawa oleh Amanah Ikhtiar Malaysia
adalah tidak jauh beza dengan konsep zakat yang diperkenalkan oleh Islam.Zakat
bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan
memerlukan.Selain itu, pemberian zakat juga tidak hanya dalam bentuk kewangan
semata-mata malah turut menyumbang barang-barang yang berbentuk fizikal seperti
makanan iaitu beras dan sebagainya.Oleh itu, boleh dikatakan pendekatan atau
konsep yang dibawa oleh AIM ini mirip kepada konsep zakat itu sendiri.
Pastinya, usaha murni sebegini perlu untuk dikekalkan dan diteruskan pada
masa-masa yang akan datang.
Produk-Produk
Amanah Ikhtiar Malaysia
Setelah melalui perkembangan semasa, AIM
kini menawarkan lima jenis produk dalam perkhidmatan mereka. Produk-produk
tersebut adalah seperti Ikhtiar Rezeki, Ikhtiar Penyayang, Ihktiar Bestari,
Ikhtiar Sejahtera dan Program Keewangan Mikro Bandar.Produk Iktiar Rezeki pula
dipecahkan kepada empat jenis iaitu Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, Ikhtiar
Wibawa, dan Ikhtiar Wawasan.
1. Ikhtiar Rezeki
1.1. Ikhtiar Mesra
Skim bantuan Ikhtiar
Mesra merupakan asas kepada pembiayaan AIM. Had maksimum yang diletakkan bagi
pembiayaan adalah sebanyak RM19.900 mengikut syarat-syarat yang tertentu dan
tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah antara 25 minggu ke 150 minggu.
Pembayaran balik perlu dilakukan secara mingguan dan caj sebanyak 10% dikenakan
bagi tempoh pembayaran yang mengambil masa setahun manakala caj sebanyak 5%
untuk pembayaran balik dalam jangka masa enam bulan.
1.2. Ikhtiar Srikandi
Berbeza dengan skim
Ikhtiar Srikandi yang diperkenalkan untuk membantu ahli-ahli bagi mana-mana
projek yang berpotensi tinggi dan berdaya maju. Apa yang penting, skim ini
dapat memberi kemudahan kepada ahli-ahli atau Sahabat AIM untuk mendapatkan
modal tambahan tanpa perlu berurusan dengan institusi kewanganyang lain. Antara
kelebihan yang ditawarkan melalui Ikhtiar Srikandi adalah Sahabat AIM boleh
membuat pinjaman lebih daripada sekali dalam satu tempoh walaupun pada ketika
itu Sahabat AIM masih meminjam dengan AIM. Kelebihan yang sangat memudahkan
para pelanggan dan lebih bersifat untuk membantu. Namun, had maksimum pinjaman,
tempoh pembayaran balik serta caj yang dikenakan adalah sama dengan skim
Ikhtiar Mesra.
1.3. Ikhtiar Wibawa
Bagi skim
Ikhtiar Wibawa pula, atau juga dikenali sebagai Skim Ikhtiar Rezeki Wibawa
(I-Wibawa) yang hanya ditawarkan kepada Sahabat AIM yang sedang mengambil skim
Ikhtiar Mesra atau Ikhtiar Srikandi. Ikhtiar Wibawa adalah bertujuan untuk
membantu Sahabat AIM yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan produk
secara bermusim atau mana-mana peluang perniagaan yang datang dalam tempoh masa
yang singkat. Had maksimum yang diletakkan untuk pembiayaan adalah sehingga
RM5000 manakala tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama 6 bulan.
Namun, Skim Ikhtiar Wibawa memberi peluang kepada pihak peminjam untuk membayar
balik pinjaman sama ada secara mingguan, bulanan, ataupun sekaligus. Caj
pengurusan yang dikenakan pula sama seperti Ikhtiar Mesra dan Ikhtiar Srikandi.
1.4. Ikhtiar Wawasan
Skim Ikhtiar
Wawasan atau Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil diperkenalkan bagi tujuan
menggalakkan Sahabat AIM menceburkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana.
Kadar pinjaman yang dibenarkan adalah bermula dari RM20,000 sehingga RM50,000
iaitu had maksimum pembiayaan. Tempoh bagi pembayaran semula untuk pinjaman
adalah di antara 25 minggu ke 250 minggu dan bayaran perlu dilakukan secara
mingguan.Caj pengurusan yang dikenakan adalah 10% untuk tempoh setahun dan 5%
bagi tempoh bayaran balik selama 6 bulan.
2. Ikhtiar Penyayang
Seperti yang
dinyatakan tadi, antara skim yang turut diperkenalkan adalah Ikhtiar
Penyayang.Ikhtiar Penyayang diperkenalkan untuk membantu Sahabat AIM yang
mengalami kegagalan dalam projek atau perniagaan disebabkan faktor-faktor bencana
alam seperti banjir, dan tanah runtuh selain juga disebabkan oleh faktor
persekitaran ekonomi atau sosial. Skim ini ditawarkan bagi membantu mereka
memulihkan semula projek yang gagal tersebut atau mungkin boleh memulakan
projek baru yang lain. Keistimewaan Ikhtiar Penyayang ini adalah dengan adanya
konsep penangguhanbayaran balik bagi skim-skim terdahulu yang telah dipinjam
oleh Sahabat AIM dan Skim Pembiayaan Ikhtiar Penyayang ini boleh diproses
seperti biasa. Akan tetapi sekiranya pihak peminjam berkeupayaan untuk membayar
balik pinjaman kedua-dua skim secara serentak, maka penangguhan bayaran balik
akan ditarik semula dan sekiranya peminjam masih tidak berkemampuan untuk
melakukan sedemikian, maka bayaran balik untuk Ikhtiar Penyayang ini diutamakan.
Kadar tertinggi pembiayaan yang dibenarkan adalah berjumlah RM5000 dan tempoh
bayaran semula yang ditetapkan adalah dalam lingkungan 25 minggu ke 150 minggu.
Caj pengurusan yang dikenakan adalah sama seperti skim-skim Ikhtiar yang lain.
3. Ikhtiar Bestari
Skim Ikhtiar
Bestari pula dilihat lebih unik kerana bertujuan untuk membantu Sahabat AIM
dalam membiayai kos pendidikan serta kemahiran yang ingin dipelajari. Layak
untuk dipohon oleh kesemua Sahabat AIM yang telah mengambil Skim Ikhtiar Mesra
dan menjelaskan pembayaran balik dalam tempoh 25 minggu.Kadar yang boleh
dipohon adalah mencecah sehingga RM5000.Pembayaran balik adalah secara mingguan
dan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan atau separuh daripada tempoh
pembayaran balik Ikhtiar Mesra kali pertama. Skim ini dilihat sesuai untuk
menampung kos pembelajaran terutama yang melibatkan pendidikan formal di
mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara. Namun, kos pendidikan
bagi pembelajaran meningkatkan kemahiran juga boleh ditampung melalui skim
Ikhtiar Bestari.
4. Ikhtiar Sejahtera
Selain itu,
terdapat juga skim Ikhtiar Sejahtera yang bertanggungjawab untuk membiayai
keperluan-keperluan semasa seperti pembelian rumah, tanah, mesin atau jentera
pertanian, ibadah haji, kenduri kahwin, penebusan barang kemas dan
bermacam-macam lagi dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana hukum
yang terdapat dalam Islam. Kadar pembiayaan terendah yang boleh dipohon adalah
sekitar RM2000 manakala maksimumnya adalah sebanyak RM10,000. Pembayaran semula
perlu dilakukan secara mingguan dalam jangka masa 25 minggu ke 150 minggu atau
3 tahun lebih. Skim Ikhtiar Sejahtera turut mengenakan syarat kepada Sahabat
AIM iaitu perlu mempunyai rekod bersih dalam mana-mana skim Ikhtiar yang
ditawarkan oleh AIM sekurang-kurangnya telah menggunakan skim Ikhtiar Mesra dan
membuat pembayaran semula dalam tempoh 25 minggu.
5. Program Kewangan Mikro
Bandar
Satu lagi produk
penting yang ditawarkan oleh AIM adalah Program Kewangan Mikro Bandar.Skim ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana tidak
memerlukan kepada cagaran dan penjamin serta turut mendapat sokongan yang padu
daripada pihak kerajaan. Antara objektif diperkenalkan Program Kewangan Mikro
Bandar adalah untuk menjana potensi untuk bekerja sendiri bagi golongan yang berpendapatan
rendah.Selain itu, tujuannya adalah untuk menyebarkan lagi pendekatankewangan
mikro AIM terhadap golongan miskin serta berpendapatan rendah di kawasan
bandar. Pemohon yang layak adalah bagi mereka yang memiliki aset dengan nilai
yang tidak melebihi RM50,000 serta berpendapatan bawah RM2000 sebulan. Terdapat
juga syarat-syarat lain yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh para
pemohon.Istimewanya, Program Kewangan Mikro Bandar ditawarkan secara
berperingkat-peringkat.
Kesimpulannya, Amanah Ikhtiar Malaysia yang
sudah menjangkau usia dua dekad ini dilihat telahberjaya dalam menghasilkan
ramai usahawan-usahawan kecil sekaligus membawa masyarakat bandar dan luar
bandar keluar daripadakelompok kemiskinan. Secara tidak langsung juga,
pendapatan negara menjadi bertambah meningkat.Kejayaan AIM boleh dilihat
melalui bilangan Sahabat AIM yang kian bertambah dari hari ke hari.Kini jumlah
Sahabat AIM adalah sebanyak 272,923 orang dan mempunyai 106 cawangan di seluruh
Malaysia. Modal yang telah dikeluarkan sehingga kini juga telah mencecah
sehingga RM5,353,371,013 dan masih mempunyai baki sebanyak RM959,481,088 dan
statistikpembayaran balik juga adalah tinggi dengan purata sebanyak 99.49%.
Terbukti betapa Amanah Ikhtiar Malaysia kini mempunyai peranan yang begitu
besar dalam membasmi kemiskinan negara.Semoga usaha murni ini dapat diteruskan
dan dikembangkan lagi agar AIM terus menjadi pemangkin dalam misi membasmi
kemiskinan penduduk-penduduk di Malaysia.