- Latar Belakang Usahawan
Nama Usahawan | : | Ahmad Khairul Shahrin Bin Ishak |
No/KP | : | 770326-07-6111 |
Asal | : | Butterworth, Pulau Pinang |
Adik-beradik | : | Anak ke 13 dari 13 orang adik-beradik |
Status | : | Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan |
Nama Isteri | : | Fouzila Binti Abu |
Kelulusan tertinggi | : | Diploma Rekabentuk Grafik, Politeknik Johor Bahru (2002) |
- Maklumat Syarikat
Nama Syarikat | : | GREEN FAS KATERING |
Kenapa memilih nama GREEN FAS KATERING? | ||
GREEN | : | warna hijau merupakan warna pilihan/ tema untuk syarikat ini |
FAS | : | gabungan nama isteri tercinta dengan usahawan sendiri (Fouzila Abu + Shahrin) |
Alamat premis | : | Blok B6, Aras 1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, 62502 Putrajaya |
: | gfcputrajaya@yahoo.com.my | |
TEL | : | 013-4467037 (shah) |
FAKS | : | 03-88810496 |
No Pendaftaran Syarikat | : | 357-02102660 |
Jenis Milikan | : | Tunggal |
Ditubuhkan pada | : | Mac-2007 |
- Matlamat dan objektif berniaga
Ingin membebaskan
diri dari bekerja makan gaji dan mengikut waktu kerja yang tetap selain
keinginan hati untuk memberi arahan, bukan menerima arahan. Selain itu, minat yang
mendalam untuk memberikan perkhidmatan masakan yang dijamin 100% bersih dan halal
kepada umat Islam lain. Usahawan juga menerima banyak peluang di sekitar
Putrajaya dan badan² kerajaan sekitarnya untuk menyediakan perkhidmatan makanan
terbaik selain mendapat sokongan dan dorongan yang kuat dari keluarga.
- Produk yang ditawarkan
Menawarkan perkhidmatan
katering untuk pelbagai acara keramaian dan majlis. Perkhidmatan katering ini beroperasi
secara serius dan besar-besaran pada tahun 2008 di mana syarikat ditawarkan
tender kerajaan iaitu Perkhidmatan Makanan
Bermasak Islam di bangunan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
selama 2 tahun secara kontrak. Kini, GREEN
FAS KATERING giat memberi perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan sekitar
putrajaya untuk majlis mesyuarat, seminar, kursus dan sebagainya. Juga memberi
perkhidmatan kepada orang perseorangan untuk majlis keramaian seperti majlis
kenduri kahwin, pertunangan, sambutan hari jadi dan sebagainya.
- Laluan kejayaan / Cabaran
Pelbagai
rintangan dihadapi terutama dari segi kewangan untk menampung kos perbelanjaan
sepanjang menjadi penyewa di bangunan kerajaan termasuklan kos pengurusan dan
modal seharian untuk menjalankan perniagaan. Masalah tenaga kerja mahir juga
tidak ketinggalan dimana terpaksa mengambil dan melatih pekerja yang tidak
mempunyai pengalaman dan tidak memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu
aktiviti perniagaan. Selain itu masalah juga timbul apabila masalah kekurangan
pengalaman untuk menguruskan pekerja, produk dan sebagainya kerana sebelum ini
mengusahakan aktiviti percetakan dan rekabentuk grafik sendiri. Kehilangan
pekerja yang mahir dan beralih kepada pesaing yang menawarkan pendapatan yang
lebih tinggi.
- Pelan Perniagaan
Pelan Perniagaan atau lebih dikenali sebagai
Kertas Kerja adalah dokumen yang dihasilkan untuk memohon atau memperoleh pinjaman
dari pihak bank sama ada untuk mengembangkan lagi perniagaan atau menampung kos harian seperti sewa premis dan membayar
hutang pekerja. Berlainan pula halnya dengan GREEN FAS KATERING kerana syarikat ini tidak mempunyai Pelan
Perniagaan memandangkan modal permulaan adalah dari simpanan sendiri dan
bayaran sewa premis dan gaji pekerja adalah dari keuntungan perniagaannya.
Sehingga laporan ini dihasilkan, GREEN
FAS KATERING masih belum pernah menyediakan pelan perniagaannya.
Menyimpan
hasrat untuk mengembangkan perniagaannya, Usahawan menjadikan Hazny Katering
yang merupakan salah sebuah syarikat katering yang berjaya di Putrajaya sebagai
idolanya
- Motivasi Diri
Percaya
setiap rezeki yang diperolehinya adalah kurniaan Allah S.W.T, Usahawan tidak pernah
putus dari memanjatkan rasa kesyukurannya dan bermohon agar diberikan rezeki
yang mencurah-curah untuknya. Selain itu, Usahawan percaya untuk mengecapi
kejayaan, beliau perlu berusaha keras, sabar dah ikhlas dalam semua perkara
yang dilakukannya. Berpegang kepada kata-kata “Kegagalan bukan penghalang
tetapi satu peluang untuk lebih berjaya di masa akan datang” membuatkannya
lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaannya.
- Bagaimanakah cara untuk mencari peluang untuk mendapatkan pelanggan
Pengiklankan dan mempromosikan perniagaan melalui internet, promosi secara
mulut kemulut dengan bantuan rakan taulan terdekat.
- Bagaimana memulakan strategi dengan:
i.
Pemilihan produk : membuat kajian produk mana
yang dirasakan berpotensi dan mempunyai permintaan yang tinggi dan mendapat
pulangan yang memberangsangkan.
ii.
Struktur syarikat : memikirkan keperluan dan
kemampuan tenaga kerja untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas yang telah
ditetapkan.
iii. Pemilihan pekerja : membuka peluang kepada
graduan baru untuk diambil bekerja dan mempunyai semangat dan keazaman untuk
berjaya dalam bidang yang diceburi.
iv.
Strategi pemasaran : memikirkan apakah cara
yang paling cepat dan berkesan untuk memasarkan sesuatu produk dan akhirnya
memilih untuk menggunakan pengiklanan melalui internet memandangkan masyarakat
kini kebanyakannya menggunakan internet sebgai medium komunikasi.
v.
Sumber kewangan: menggunakan simpanan sendiri.
- Menangani/berhadapan dengan pesaing
Sentiasa bersaing secara sihat dengan memberikan yang lebih baik
kepada pelanggan berbanding pesaing. Bersedia untuk menerima kritikan secara positif
dengan menunjukkan penambahbaikan dan memastikan kesilapan yang berlaku tidak
berulang. Bersabar dan tingkatkan motivasi diri. Contohnya banyakkkan berdoa
kepada Allah agar beroleh cara dan peluang yang sihat dalam saingan
perniagaan. Tingkatkan segala usaha
sedia ada kepada tahap maksimum yang mungkin.
- Perancangan untuk membangunkan lagi syarikat.
Dalam
perancangan untuk memiliki premis sendiri (restoran) dan melebarkan perniagaan
diluar kawasan putrajaya.
- Menambah aset bernilai.
Menambah
peralatan untuk membantu menampung keperluan pelanggan juga meluaskan
perniagaan dan menambah latihan dan pengetahuan kendiri untuk bersedia
menghadapi lebih banyak risiko dan cabaran yang mungkin berlaku pada masa akan
datang.
- Pengurusan kewangan dan aliran tunai.
Pengurusan
kewangan di laksanakan sendiri oleh Usahawan supaya dapat menyusun strategi
kewangan dengan baik dan memantau aliran keluar masuk wang tunai. Selain itu
ini membolehkan pengurus melihat perkembangan dan perjalanan kewangan syarikat
sejak ia ditubuhkan.
Permintaan
agak kurang pada awal perkhidmatan katerin dilakukan. Ini mungkin disebabkan
masyarakat belum mengenali GREEN FAS KATERING sekalli gus tidak mengenali dan tidak
mengetahui perkhidmatan yang disediakan. Namun begitu permintaan semakin memberangsangkan
dari semasa ke semasa menunjukkan GREEN FAS KATERING berkembangan dan mula
diterima dan dikenali oleh masyarakat sekeliling. Permintaan memberangsangkan
ini berlaku hanya setelah beberapa bulan ia ditubuhkan. Ini dapat dilihat
daripada permintaan katering yang sentiasa ada setiap hari dan ditambah pula
dengan kedudukan premis perniagaan yang berada di bangunan kerajaan menyokong
lagi perkembangan pasaran.
- Rangkaian perniagaan
Setakat ini GREEN
FAS KATERING belum lagi mempunyai rangkaian perniagaannnya sendiri. Ini
berikutan kekangan tenaga kerja yang boleh dipercayai sukar untuk diperolehi.
Tambahan pula kos untuk menyewa dan mengubahsuai premis agak mahal.
- Sifat-sifat dan nilai-nilai keusahawanan
Usahawan
perlu cekal dan kuat semangat untuk menghadapi segala cabaran. Perlu berusaha
untuk menjadikan cabaran sebagai peluang. Sentiasa bijak untuk mencari peluang
dan bersaing secara sihat.
- Peningkatan keupayaan/kemahiran
Menjadi
usahawan mengajar untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan dan cuba
meramal apa yang bakal berlaku. Sentiasa bersedia untuk menghadapi kesan
terhadap keputusan yang telah dilakukan.
Perlu ada
dalam setiap usahawan supaya perjalanan perniagaan adalah seperti yang
dirancangkan. Daya kepimpinan membantu kepada ketaatan pekerja pada setiap
aturan dan arahan yang diberikan.
- Menyeimbangkan kehidupan berkeluarga dengan perniagaan
Perlu ada
keseimbangan antara kerja dan keluarga supaya tidak berlaku masalah dan tekanan
di masa-masa akan datang. Tekanan dan ketidak sefahaman boleh mempengaruhi
kualiti kerja dan mungkin boleh menjejaskan perkembangan perniagaan.
- Peranan sebagai ahli masyarakat dalam pembangunan keusahawanan
Dapat
menyumbang dari segi pengetahuan dan
pengalaman yang ada untuk membantu dimajlis-majlis keramaian berkenaan
kendalian makanan dan pengurusan.
- Kaedah mendapatkan bantuan
Untuk
menguruskan sesebuah perniagaan, bantuan
khidmat nasihat dan pendapat diminta daripada orang perseorangan dan kumpulan
orang yang berpengalaman. Dari segi kewangan, simpanan sendiri dan pulangan
modal digunakan untuk menampung keperluan kewangan bagi memastikan perjalanan
perniagaan berjalan lancar.
- Ilmu/pengetahuan/pengajaran yang dipelajari
Dapat
menambah ilmu untuk menguruskan sebuah perniagaan, menangani karenah dan
masalah pekerja-pekerja dan juga bagaimana untuk menguruskan sumber-sumber yang
ada dengan baik termasuklah sumber kewangan kerana kewangan adalah satu aset
yang penting dalam sesebuah perniagaan.